Wednesday, September 2, 2009

SETAHUN ARIL DALAM KENANGAN 9 RAMADHAN

Assalamualaikum,
Bila hampir 9 Ramadhan hati aku merasa sayu. Tidak terasa masa begitu pantas berlalu. Genap sudah setahun Aril meninggalkan Kak Ani. Disaat begini Kak Ani akan sibuk dengan biskut raya tempahan kawan-kawan. Tak lupa juga Kak Ani akan buat biskut kegemaran Aril iaitu Cornflake Madu. Kak Ani masih ingat lagi kali pertama Kak Ani buat biskut tu bila Aril kata sedap selepas kita sama-sama balik daripada berhari raya di rumah kawan Kak Ani, Rafidah. Resipi yang sepontan tanpa catitan itu akhirnya menjadi. Bertahun-tahun akan menjadi hidangan dihari raya. Sekarang bila Kak Ani ingin membuat biskut itu pasti teringat pada Aril. Pernah satu ketika dulu Kak Ani dan mak sorok balang biskut cornflake sebab Aril dah makan separuh di bulan puasa. Sekarang tak ada siapa lagi yang akan curi makan biskut-biskut raya Kak Ani. Tidak ada lagi yang akan memberi komen dan pandangan dalam rasa setiap percubaan baru masakan Kak Ani. Terlalu banyak kenangan bersama Aril yang Kak Ani masih teringat-ingat. Mengikut hukum adat Aril yang akan menjaga Kak Ani kerana Aril adik tetapi Kak Ani yang menjaga Aril sehingga akhir hayatmu.
Dalam ramai-ramai adik beradik kau lebih rapat dengan Kak Ani mungkin kerana Kak Ani anak yang sulong. Semoga Aril damai di sana bersama-sama orang yang soleh. Hanya doa yang mampu Kak Ani titipkan untuk dirimu di sana. Al-Fatihah....

No comments:

Post a Comment