Friday, September 25, 2009

KENANGAN DIHARI RAYA

Assalamualaikum....., Salam lebaran buat semua. Aidilfitri ini adalah Aidilfitri pertama aku beraya bersama suami, anak-anak, mak ayah mertua dan ipar-duai. Kenangan yang tidak mungkin aku lupakan. Dipagi raya aku beraya bersama keluarga ku di Selayang. Pada sebelah tengahari aku bertolak balik ke Felda Sg Kemahal, Pahang. Dalam perjalan lagi 2km daripada tol Bentong kereta aku mengalami kerosakan pada gear box. Aduhai apalah nasib kali ini. Terpaksalah kereta aku ditarik ngan trak penunda sehingga ke Karak. Ada satu workshop yang buka. Kereta aku akan siap pada raya ke-4 atau ke-5. Aku sekeluarga di jemput oleh adik ipar ku bersama kawannya Abdullah. Melayang RM200 kerana membayar duit pada trak tunda. Erm...nampak gaya tak dapatlah aku nak menyumbang skit untuk belanja raya untuk mak ayah begitu juga ngan mertua. Dapat untung skit dari jualan kuih raya habis semua untuk bayar membaiki kereta. Nasib keluarga mertua semua faham akan masalah kami. Rasa tak seronok pula. Pada mak mertua ku, terima kasih kerana memahami dan sudi mengajar aku banyak perkara. Ilmu yang diperturunkan tak akan aku persia-siakan. Aku berpeluang belajar membuat lemang dan rendang minang. Insyaallah ada rezeki dan kelapangan akan aku mencubanya nanti. Pada hari raya ke-3 satu peristiwa gempar berlaku. Dalam mangkuk tandas rumah mak mertua ada ular. Nasib baik tak ada sesiapa yang terkena patukannya. Setelah beberapa jam ular itu akhirnya tewas setelah disiram air panas. Ular hitam panjang hampir 1 meter. Pada hari raya ke-5 aku bergerak pulang ke Kuala Lumpur selepas Isyak setelah kereta aku selesai dibaiki dengan kos RM1350. Aku pasrah kerana semua ini ujian dan dugaan Allah buat hambanya. Sesungguhnya ada ikhmah disebalik semua kejadian ini. Maaf kerana tak ada gambar untuk bingkisan kali ini. Apa pun semuga Aidilfitri ini memberi erti buat semua.

No comments:

Post a Comment