Ini adalah coretan pertama kali ku...entah mengapa rasa terpanggil untuk memcoret di sini. Sekadar ingin berkongsi kenangan dan pengalaman hidup ku.
Pada tanggal 29/11/2008 adalah hari bersejarah dalam hidup ku. Pada usia 33 tahun aku selamat di ijabkabulkan dengan seorang lelaki bernama Mohd Rizuan B. Sibut. Perkenalan yang tidak sampai usianya setahun dan akhirnya aku telah menjadi suri hidupnya. Syukur alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun aku bukan berkahwin dengan seorang bujang tetapi duda anak 3 pada aku itu tidak menjadi masalah. Ku panjatkan doa kepada Allah semoga kehidupan baru ku ini diredhai dan aku sentiasa tabah menghadapi segala dugaan.
Buat suami ku, terima kasih kerana sudi menerima diri ini yang serba kekurangan. Bimbingilah aku menjadi isteri yang solehah dan sayangilah aku kerana diri ini dahagakan kasih sayang mu. Harap jodoh kita akan berakhir hingga hujung nyawa.
Buat anak-anak ku, maafkan Mama andai ketegasan ku membuatkan kalian sedih. Tapi percayalah Mama ingin menyanyangi, mendidik kalian supaya menjadi anak-anak yang soleh, anak-anak yang berjasa pada agama, keluarga dan negara. Kalianlah yang akan mencorak dunia yang bakal ditinggakkan kelak. Jadilah seorang yang tabah, cekal dan bertakwa.
No comments:
Post a Comment